
KUMPULAN pop sensasi Dolla kembali dengan single terbaharu mereka bertajuk MWA!,
Sebuah lagu yang sarat dengan tenaga dan ekspresi kreatif yang segar lagu berkenaan digubah oleh Chelsea Warner, Gaston, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo dan Angel.
Menurut Angel sangat gembira kerana dapat bekerjasama semula dengan pasukan belakang takbir terdahulu untuk produksi Dolla.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sesi studio bersama Gaston sangat lancar dan kami banyak bereksperimen dengan pelbagai bunyi dan struktur sekali gus menjadikan proses kreatif yang sangat menyeronokkan.
“Lebih istimewa semua ahli Dolla kali ini terlibat secara terperinci dalam pembentukan lagu ini. Ini sesuatu yang baharu dan sangat bermakna bagi kami.” katanya.
Diarahkan pengarah tempatan yang terkenal Jasmine Wong jalan cerita muzik video MWA! menampilkan setiap ahli Dolla sebagai pakar ilusi, merancang misi mereka dan melaksanakan operasi yang mendebarkan.
Menggabungkan elemen drama, aksi dan gaya fesyen yang berani ia membawa naratif baharu untuk kumpulan ini.
Mengulas lanjut Angel berkata Sabronzo menjadi pemain kad, Tabby selaku dalang utama dan dirinya sebagai pejuang.
“Konsep kali ini lebih liar dan ‘unhinged’. Ia sangat berbeza dengan apa yang pernah kami hasilkan sebelum ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sabronzo berkongsi penghasilan MWA! tidak bermula dengan demo yang lengkap sebaliknya hanya idea asas.
Sabronzo berkata bermula idea asaslah mereka membina lagu terbabit secara berperingkat.
“Hasil akhirnya sangat padu dan menggambarkan visi kami,” ujarnya bersemangat.
Sementara itu Tabby menyifatkan single terbaharu Dolla itu sebagai lagu pembukaan buat kumpulan berkenaan kerana merancang mahu melancarkan lebih banyak single sepanjang tahun 2025.
“MWA! hanyalah permulaan. Kami anggap tahun ini sebagai ‘tahun lagu Dolla’ kerana banyak lagi lagu akan dilancarkan.
“Kami tidak sabar untuk membawanya ke pentas dan berharap ia dapat menarik lebih ramai pendengar ekoran lagu ini sangat segar dan berbeza.” katanya.
Dengan produksi yang padat, visual yang berani dan semangat baharu MWA! menandakan permulaan era baharu buat Dolla.
Peminat boleh menjangkakan lebih banyak persembahan dan lagu baharu dalam masa terdekat.
MWA! mula berada di semua platform digital sejak 5 Mei lalu dan muzik video juga sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Dolla.
