'My qiam partner.' - Nora Danish terharu, kongsi momen dengan anak sulung jadi imam malam 27 Ramadan, penyejuk hati keluarga

LocalFamily & Parenting
17 Mar 2026 • 10:14 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MEMASUKI 10 malam terakhir Ramadan, ramai memanfaatkannya dengan menambah dan merebut peluang meraih malam penuh keberkatan, termasuklah malam Lailatulqadar.

Pelakon Nora Danish juga tidak ketinggalan. Berkongsi momen manis bersama putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sama-sama meluangkan masa beribadah dan mencari keberkatan dalam tempoh istimewa ini.

Lebih menyentuh hati, Rayqal, 17, dilihat mengimamkan solat, sekali gus membuatkan pelakon berusia 44 tahun itu terharu dan bersyukur melihat anaknya membesar menjadi penyejuk hati keluarga.

image is not available

"Menjadi di antara kenangan yang terindah.

"My qiam partner Ramadan ke-27. Semoga menjadi anak penyejuk hati keluarga ," titipnya.

Sekadar info, Rayqal merupakan hasil perkahwinan Nora bersama ahli perniagaan, Toh Muda Datuk Riza Rizal Ashram atau Jejai. Pelakon Puteri itu berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 namun berpisah pada awal Julai 2008.

Nora juga memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 8, hasil perkongsian hidupnya dengan  Nedim Nazri.