MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini, Akui Berdepan Isu Kewangan

12 Oct 2023 • 8:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MYAirline gantung operasi secara mengejut

MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini, Akui Berdepan Isu Kewangan. Syarikat penerbangan tambang mMurah MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

image is not available
MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini, Akui Berdepan Isu Kewangan. Kredit: Astro Awani

Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

image is not available

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline dalam kenyataan tersebut..

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline dalam kenyataan tersebut.

Baca lagi artikel menarik: