MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu

Business & Finance
29 Feb 2024 • 3:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham oleh pelabur dari Timur Tengah.

Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya menimbang semua pilihan termasuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang susulan penamatan itu.

Pelabur berpotensi lain turut menyatakan minat untuk menghidupkan semula jenama itu, katanya.

“MYAirline sentiasa berhubung dengan semua pengawal selia penerbangan dan kami komited untuk memenuhi sebarang syarat serta keperluan yang dimandatkan oleh pengawal selia penerbangan untuk mendapatkan semula lesen dan meneruskan operasi,“ katanya. -Bernama