MYAirline tawar 10,000 tambang percuma, lekas sambar sebelum kehabisan

13 Jan 2023 • 10:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat yang sedang memburu tiket untuk pulang cuti Tahun Baru Cina, MYAlirline ada tawarkan 10 ribu tempat duduk tambang percuma. Promosi berjalan sehingga 14 Januari 2023 ini.

image is not available

Penerbangan yang terlibat adalah laluan Langkawi, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuching, Miri, Sibu, Tawau, dan Kota Kinabalu untuk perjalanan hingga 31 Julai 2023.

Anda boleh lakukan tempahan sekarang di laman web rasmi MYAirline.

Perlu diignatkan yang promo RM0 ini adalah untuk harga tempat duduk sahaja. Lain-lain bayaran seperti fi MAVCOM, cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, cukai perkhidmatan, dan lain-lain fi tetap dikenakan.

Misalnya, ada tiket penerbangan ke Langkawi, Penang, ataupun Kota Bharu boleh didapatkan pada harga RM25 manakala Kuching, Miri, Sibu, Tawau, ataupun Kota Kinabali pada harga RM31.

Satu lagi perkara yang tidak dimasukkan adalah kupta bagasi dan makanan dalam penerbangan.

View Original Article