Myanmar Rayu Bantuan Antarabangsa, Isytihar Darurat di Enam Wilayah

28 Mar 2025 • 9:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemerintah junta Myanmar mengambil langkah luar biasa dengan rayu bantuan antarabangsa selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda negara itu hari ini.

Myanmar rayu bantuan kemanusiaan

Memetik laporan dari Malay Mail merujuk kepada AFP, keadaan disana semakin kritikal apabila kerajaan tentera tersebut turut mengisytiharkan darurat di enam rantau yang paling terjejas, termasuk Sagaing, Mandalay, Magway, timur laut Negeri Shan, Naypyidaw, dan Bago.

image is not available

Ketua Junta Myanmar rayu bantuan antarabangsa

Ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing juga dilihat tiba di sebuah hospital di Naypyidaw, tempat di mana mangsa-mangsa yang tercedera sedang dirawat.

Dalam pada itu, jurucakap junta, Zaw Min Tun menggesa bantuan kemanusiaan segera diberikan bagi membantu mereka yang terjejas.

“Kami mahu masyarakat antarabangsa memberikan bantuan kemanusiaan secepat mungkin,”katanya kepada AFP.

image is not available

Sesuatu yang jarang berlaku

Walaupun jumlah korban dan mangsa cedera belum diumumkan, permintaan bantuan oleh kerajaan tentera yang jarang dilakukan ini membayangkan situasi bencana yang serius.

Selain itu, pihak berkuasa turut memohon derma darah bagi membantu pesakit di Mandalay, Naypyidaw, dan Sagaing.

Dengan skala kemusnahan yang besar, usaha menyelamat dan bantuan antarabangsa dijangka menjadi faktor penting dalam menangani krisis ini.

Sumber: MalayMail