Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Di Malaysia - PM Anwar

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 9:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Di Malaysia - PM Anwar

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Di Malaysia - PM Anwar

JELEBU, 29 Julai (Bernama) -- Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun perkara itu sukar untuk dilaksanakan pada peringkat awal, ia akhirnya berjaya dilakukan dan perkembangan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Malaysia dan Myanmar.

“Orang kata hantar balik (pelarian Rohingya tapi), hantar balik ke mana? Hantar ke Myanmar...depa (mereka) dekat sana (sebelum ini) tak mahu terima (pelarian Rohingya ini).

“(Tapi) sebab hubungan baik (Malaysia) dengan Myanmar sekarang ini, dia (Myanmar) setuju ambil 5,000 (pelarian Rohingya) dulu dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin pada majlis Minum Petang Bersama PMX DUN Chennah, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah Anthony Loke di Simpang Durian di sini hari ini.

Isnin lepas, ratusan pelarian Rohingya berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur selepas mereka tiba di ibu negara pada awal pagi tersebut dengan menaiki tiga bas dari Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus hari ini berkata pelarian berkenaan dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri ditetapkan pertubukan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.

Ketika mengulas mengenai perkara itu semalam, Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.

Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia agar tidak mengganggu ketenteraman awam dengan berkumpul di jalan raya mahupun tempat-tempat awam.

“Saya dah bagi arahan (kepada polis), saya tak mahu (pelarian) Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam.

“Ini negara Malaysia, tak boleh dia ganggu kita. Jadi polis ambil tindakan, pindahkan mereka (ke satu kawasan),” katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved