MyDigital ID Diintergasikan Pada Aplikasi MyNIISe

LocalTechnology
7 Jan 2026 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan bahawa penggunaan MyDigital ID akan dijadikan sebagai platform log masuk tunggal bagi warganegara Malaysia yang menggunakan aplikasi MyNIISe.

Pengumuman rasmi ini dibuat melalui kemas kini di media sosial dan berkuat kuasa mulai 15 Januari 2026. Pelaksanaan tersebut hanya terpakai kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas manakala pengguna warganegara asing akan terus menggunakan kaedah log masuk sedia ada tanpa sebarang perubahan.

image is not available

Aplikasi MyNIISe merupakan sistem yang digunakan bagi tujuan memasuki pintu Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Aplikasi ini telah diperkenalkan pada September 2025 sebagai langkah memperkukuh kawalan keselamatan serta memudahkan urusan keluar masuk di kedua-dua kompleks berkenaan.

Dengan integrasi MyDigital ID, proses pengesahan identiti dijangka menjadi lebih lancar dan sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.