Mydin bantu 800 pelajar B40 menerusi Jelajah Generasi Pintar 2025

LocalBusiness & Finance
9 Feb 2025 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Chean Chung dan Ameer bergambar bersama penerima sumbangan Jelajah Generasi Pintar 2025 di Mydin USJ pada Sabtu.

image is not available
Chean Chung (dua dari kanan dan Ameer (kanan) meninjau kelengkapan sekolah yang terdapat di Mydin USJ di sini.

image is not available
Kevin (kanan) memberi penerangan kasut ABARO yang turut dipasarkan di Mydin.

image is not available
Chean Chung (dua dari kiri) dan Ameer (dua dari kanan) pada Jelajah Generasi Pintar 2025 di Mydin USJ di sini pada Sabtu.

image is not available
Mydin USJ sibuk dengan orang orang ramai yang mula membeli keperluan sekolah bagi sesi pembukaan sesi persekolahan pada Mac.

image is not available
Antara ibu-bapa yang sibuk membeli persekolahan anak-anak.

SUBANG JAYA - Cakna dengan bebanan kos sara hidup keluarga B40, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan kepada lebih 800 pelajar kurang berkemampuan menerusi 'Jelajah Generasi Pintar 2025'.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu memperuntukkan bantuan bernilai RM150 bagi setiap penerima.

Menurutnya, program tahunan ini diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia dengan kerjasama pemimpin setempat.

**media[2999911]**

"Melalui program hari ini, kita bekerjasama dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung untuk bantu kenal pasti penerima memerlukan.

"Penerima terdiri daripada murid Darjah Satu hingga Tingkatan Lima, dengan baucar RM150 itu boleh digunakan untuk membeli baju sekolah, uniform ko-kurikulum, alat tulis dan lain-lain," katanya pada Jelajah Generasi Pintar 2025 di Mydin USJ di sini pada Sabtu.

**media[2999908]**

Perasmiannya disempurnakan oleh Chean Chung membabitkan penyerahan bantuan persekolahan kepada 50 murid yang dikenal pasti oleh Pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya.

Siri jelajah berlangsung secara berperingkat di cawangan Subang Jaya (Selangor), MITC (Melaka), Mutiara Rini (Johor), Jengka (Pahang), Gong Badak (Terengganu) dan Sandakan (Sabah).

Program tahun ini turut mendapat kerjasama daripada kerjasama syarikat pengeluar kasut, ABARO yang menyumbang 200 pasang kasut sekolah.

Beliau berkata, program CSR itu merupakan komitmen Mydin membantu mengurangkan beban ibu-bapa memerlukan menyediakan persiapan persekolahan anak-anak.

**media[2999907]**

"Banyak badan bukan kerajaan (NGO) lebih maklum dengan isu kos sara hidup yang memerlukan bantuan melalui sekolah.

"Kita faham kekangan kewangan ibu-bapa lebih-lebih lagi menjelangnya Ramadan pada bulan hadapan.

"Justeru dengan bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban perbelanjaan persiapan persekolahan," katanya.

**media[2999910]**

Sementara itu, Chean Chung berkata, kerjasama bersama Mydin memasuki tahun ketiga sejak menyandang jawatan Ahli Parlimen.

Katanya, pejabat Parlimen sentiasa terbuka bekerjasama dengan syarikat korporat bagi memberikan impak positif kepada kebajikan masyarakat yang tercicir menerima bantuan.

"Petaling Jaya masih ada isu kemiskinan bandar selain berdepan cabaran kekurangan nutrisi dan masalah persiapan persekolahan.

"Melalui kerjasama dengan syarikat korporat ini, dapat membantu meringankan beban golongan memerlukan khususnya kepada B40.

"Pada tahun ini hampir 1,000 pelajar sekolah di Petaling Jaya akan dibantu melalui bantuan Kembali ke Sekolah termasuk kerjasama bersama Mydin hari ini," katanya.

**media[2999912]**

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh berkata, selain sumbangan sebanyak 200 pasang kasut sekolah di bawah program, ABARO turut melaksanakan Tabung Sekolah CSR.

Ujarnya, menerusi kempen itu, sebanyak RM1 daripada setiap pembelian kasut ABARO akan dimasukkan ke tabung itu yang akan digunakan untuk memberi sepasang kasut sekolah buat pelajar memerlukan pada CSR akan datang.