Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, antara trend yang sohor di media sosial adalah trend Zizan AI iaitu janaan imej meme pelawak dan selebriti tanah air, Zizan Razak menggunakan AI mengikut situasi tertentu.
Sama seperti netizen lain, Pasar Raya Mydin juga tidak ketinggalan menyertai trend yang kini menjadi ikutan ramai namun menggantikan Zizan dengan Pengarah Urusan mereka, Datuk Ameer Ali Mydin.
Individu Puji Teknik Marketing Mydin, Sifatkan Ianya Beretika
Janaan imej bos Mydin itu nyata mendapat perhatian seorang pengguna media sosial yang menyifatkan teknik pemasaran pasar raya berkenaan mengikut etika dan masih menjaga batasan serta hak cipta.
Jelas pengguna berkenaan dalam satu hantaran di Threads @khairulfadhli21, sebagai sebuah entiti perniagaan, teknik marketing mengikut trend adalah satu perkara yang bagus asalkan ia tidak melanggar etika sedia ada.
“Mydin bijak. Tunggang isu semasa dan meme viral tetapi masih menjaga batasan, hak cipta dan sensitiviti.
“Bagi entiti perniagaan, pemasaran ikut trend (real-time marketing) memang bagus untuk tingkatkan engagement, tapi jangan sampai membelakangkan etika, agama, atau menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran semata-mata untuk viral bagi kepentingan bisnes sendiri.
“Syabas Mydin kerana tunjukan contoh marketing yang cerdik, pantas, tapi tetap bertanggungjawab!” katanya.
Tak Salah Jana Imej Zizan Untuk Hiburan, Bukan Untuk Promosi Produk Atau Bisnes
Jelas pengguna itu lagi, ia bukanlah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mahu menjana dan menyunting imej pelakon utama filem Polis Evo untuk tujuan hiburan apatah lagi Zizan sendiri turut menyertai trend yang sama.
Namun pada hemah pengguna berkenaan, imej tersebut seharusnya bukanlah bertujuan untuk mempromosi produk mahupun bisnes untuk kepentingan sendiri.
“Setakat ini Zizan sendiri pun tiada masalah netizen gunakan gambar beliau untuk dibuat meme, beliau sendiri pun ‘into scene’ juga.
“Asalkan untuk tujuan hiburan dan perkara positif sahaja, bukan untuk promosi produk atau bisnes secara langsung atau gambar diedit secara melampau dan melanggar hukum agama.
“Jika nak guna muka Zizan untuk promosi bisnes, silalah sign kontrak untuk kolaborasi atau lantikan duta atau model dengan bayaran yang setimpal,” katanya.
View on Threads
Ramai Setuju Dengan Kenyataan Pengguna Tentang Teknik Marketing Mydin
Perkongsian yang mendapat lebih 241,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan pengguna terbabit malah turut memuji pasar raya Mydin yang menggunakan bos mereka sendiri dalam imej berkenaan.
Malah, ada juga sesetengah pengguna media sosial turut memuji Ameer Ali dek kerana sikapnya yang tidak kisah dan sporting dalam membuat kandungan mengikut trend dan isu semasa.
Mydin Tak Ketinggalan Turut Sertai Trend Zizan AI Tapi Guna Imej Bos Sendiri
Sebelum ini, pentadbir akaun Threads @mydinmalaysia telah menjana imej menggantikan Zizan dengan imej Ameer Ali.
Menerusi imej yang dimuat naik, Ameer Ali mengenakan kemeja-T dengan logo Mydin dan bertopi cowboy sambil mempromosikan kempen terbaharu mereka hasil kerjasama dengan Tourism Malaysia, Jom Jalan Mydin.
View on Threads
Malah, Mydin sebelum ini juga turut mengikuti setiap isu yang sering menjadi bualan ramai dengan cara mempromosikan produk mereka tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
View on Threads
View on Threads
View on Threads
Ini antara komen pengguna Threads:
“Mydin Bijak, Menumpang Trend Tapi Tak Langgar The Rules, Bisnes Lain Tak Begitu”

“Mydin Memang CEO Sendiri Turun Padang, Terbaik Mydin”

“Mydin Pakai Meme Template Zizan Tanpa Melibatkan Zizan, Kira Bagus Marketing Mereka”

“Bagus Marketing Mydin Ni, Boleh Relate Dengan Isu Semasa, Saya Pun Terhibur”

Baca Artikel Berkaitan: Trend Gambar Dijadikan Meme: “Boleh Tetapi Biarlah Berpada & Tak Langgar Hukum Islam” – Zizan Razak
Baca Artikel Berkaitan: “Tester Memang Sedap Lain Macam” – Ramai Terhibur Wanita Lunch Dengan Hidangan Tester Di Mydin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kami Tak Sebut Nama, Kalau Caprice Nak Saman Silakan” – Bos Mydin
