Mydin Manjoi terbakar: PM beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan

3 Apr 2024 • 1:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Kamil menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak. Foto Facebook Anwar Ibrahim

image is not available
Muhammad Kamil menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak pada Mac lepas.

Menerusi hantaran di media sosialnya pada Rabu, beliau berkata, sumbangan itu telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim.

"Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, insya-Allah,” kata Anwar.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan laporan, Mydin telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden itu.

"Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa,” kata beliau. - Bernama