MyIPO-WIPO himpun hakim antarabangsa tangani cabaran harta intelek era digital

LocalTechnology
14 Nov 2026 • 9:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MyIPO-WIPO himpun hakim antarabangsa tangani cabaran harta intelek era digital

LANGKAWI, 14 NOV: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) menganjurkan Workshop on Intellectual Property Adjudication for the Judiciary of Malaysia pada 12 hingga 13 November.

Penganjuran ini menjadi platform pertukaran pandangan, pengalaman dan kepakaran antara Badan Kehakiman Malaysia dengan rakan kehakiman antarabangsa dalam menangani cabaran perundangan harta intelek yang semakin kompleks seiring dengan perkembangan teknologi dan perundangan semasa.

Program ini menghimpunkan kira-kira 20 orang hakim dan pegawai kehakiman daripada Badan Kehakiman Malaysia serta dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Image from: MyIPO-WIPO himpun hakim antarabangsa tangani cabaran harta intelek era digital
Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika menyampaikan ucapan perasmian program Workshop on Intellectual Property Adjudication for the Judiciary of Malaysia di Langkawi pada 13 November 2026. Foto MyIPO

Penganjuran ini turut membuka ruang kepada perkongsian pendekatan dan amalan kehakiman dalam pengendalian pertikaian harta intelek daripada pelbagai bidang kuasa.

Perbincangan merangkumi kerangka perundangan harta intelek, termasuk undang-undang paten, hak cipta dan cap dagangan, serta pendekatan penghakiman dan remedi yang berkaitan.

Perhatian turut diberikan kepada cabaran perundangan semasa seperti pelanggaran hak harta intelek dalam talian, kecerdasan buatan (AI), pengendalian keterangan dalam kes harta intelek serta pertikaian rentas sempadan.

Kepelbagaian pengalaman kehakiman yang diketengahkan membolehkan perbincangan mengenai pendekatan dan amalan terbaik dalam menangani isu-isu tersebut.

Image from: MyIPO-WIPO himpun hakim antarabangsa tangani cabaran harta intelek era digital
Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Arif Datuk Wong Kian Kheong bersama Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato' Edwin Paramjothy Michael Muniandy dan Timbalan Pendaftaran Mahkamah Tinggi Malarselvi Sanmugam ketika program Workshop on Intellectual Property Adjudication for the Judiciary of Malaysia di Langkawi pada 13 November 2026. Foto MyIPO

Antara tokoh kehakiman yang terlibat ialah Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Arif Datuk Wong Kian Kheong, yang berkongsi pengalaman dan perspektif kehakiman Malaysia dalam pengendalian pertikaian harta intelek.

Turut terlibat ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Justice Cameron Moore; Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, Justice Dedar Singh Gill; serta Pengarah Institut Kehakiman WIPO, Eun-Joo Min.

Kerjasama antara MyIPO dan WIPO ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menggalakkan pertukaran pengalaman kehakiman dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan sistem penghakiman harta intelek negara

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved