MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR Bagi Tingkatkan Keselamatan

LocalTechnology
27 Nov 2025 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Generasi baharu MyKad akan hadir dengan ciri keselamatan tambahan berupa kod QR, membolehkan pihak berkuasa mengesahkan ketulenan setiap kad dengan lebih pantas dan tepat.

Kod QR bagi kurang risiko pemalsuan

Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah berkata, penambahbaikan itu dibuat bagi mengurangkan risiko pemalsuan serta penyalahgunaan MyKad, selaras dengan teknologi keselamatan digital masa kini.

image is not available

Menurut beliau, MyKad baharu dijangka mula diperkenalkan 1 Jun tahun depan, susulan kelulusan kontrak baharu bagi pembekalan MyKad, MyTentera dan MyPoca.

“Salah satu ciri keselamatan yang dipertingkatkan adalah kod QR, yang berfungsi sebagai pengesahan digital bahawa kad pengenalan tersebut adalah asli,” katanya.

Artikel lain: Tular Peranti Guna MyKad, Untuk Tentu Kelayakan Dapat Subsidi RON95?

Shamsul turut memaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan terus menerima dan memproses permohonan pertukaran maklumat pada MyKad mengikut jenis perubahan yang diminta pemohon.

Dalam masa sama, kementeriannya juga sedang meneliti cadangan oleh Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) supaya status Bumiputera dan agama dicetak pada MyKad generasi baharu.

image is not available

Willie sebelum ini menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah tersebut selepas mendakwa berlaku satu insiden di mana seorang pekerja bank didakwa menghina seorang warganegara Bumiputera Sarawak apabila mempersoalkan secara terbuka sama ada individu itu beragama Islam atau tidak.

Beliau turut menambah bahawa warganegara bukan Islam dari Sabah dan Sarawak sering berdepan kesukaran untuk makan di tempat awam pada bulan Ramadan kerana orang ramai menyangka mereka adalah Melayu Muslim.

Sumber: Free Malaysia Today 

The post MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR Bagi Tingkatkan Keselamatan appeared first on Borak Daily.