MyKad Generasi Baharu: Sistem eKYC Sedang Dikemas Kini - JPN

LocalTechnology
21 Sep 2026 • 9:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MyKad Generasi Baharu: Sistem eKYC Sedang Dikemas Kini - JPN

Penyedia perkhidmatan electronic Know Your Customer (eKYC) sedang mengemas kini sistem masing-masing bagi membolehkan reka bentuk serta ciri MyKad generasi baharu dikenal pasti ketika proses pengesahan identiti.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu susulan kesukaran yang dihadapi sebahagian pemilik MyKad generasi baharu ketika melakukan pengesahan identiti menerusi sistem eKYC.

Menurut JPN, beberapa sesi libat urus telah dan sedang dilaksanakan bersama agensi berkaitan serta penyedia perkhidmatan eKYC bagi menangani isu berkenaan, selain memastikan proses pengesahan identiti orang ramai berjalan lancar.

“JPN telah menyediakan maklumat yang diperlukan dan sedang memantau pelaksanaan kemas kini tersebut bagi mempercepat proses penyesuaian sistem,” menurut kenyataan itu.

Sementara menunggu proses kemas kini selesai, JPN menyarankan pengguna yang menghadapi kesukaran melakukan pengesahan eKYC menggunakan MyKad generasi baharu supaya merujuk kepada institusi atau penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan kaedah pengesahan alternatif yang tersedia.

JPN berkata, MyKad generasi baharu yang mula dikeluarkan secara rasmi pada 17 September lalu merupakan penambahbaikan dari aspek struktur, reka bentuk, teknologi dan ciri keselamatan bagi meningkatkan perlindungan identiti rakyat.

“Penyesuaian sistem eKYC oleh penyedia perkhidmatan merupakan sebahagian daripada proses peralihan bagi menyokong penggunaan kad baharu berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan akan terus memantau perkembangan proses kemas kini serta bekerjasama dengan agensi dan penyedia perkhidmatan berkaitan sehingga penyesuaian sistem diselesaikan.

“Keutamaan JPN adalah untuk memastikan peralihan kepada MyKad generasi baharu dilaksanakan dengan teratur tanpa menjejaskan kemudahan orang ramai dalam mendapatkan perkhidmatan yang memerlukan pengesahan identiti,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Agensi dan penyedia perkhidmatan eKYC yang memerlukan maklumat atau penjelasan lanjut berkaitan ciri-ciri MyKad generasi baharu boleh menghubungi JPN menerusi e-mel commandset@jpn.gov.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved