
MyKasih Tukar Kaedah OTP SMS Kepada OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026
MyKasih Foundation memaklumkan bahawa bermula 1 Januari 2026, kaedah pengesahan log masuk (OTP) aplikasi MyKasih akan bertukar daripada SMS kepada e-mel.
Difahamkan, langkah ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta memastikan pengalaman log masuk yang lebih mudah dan dipercayai.
Sehubungan itu, pengguna diminta mendaftar dan mengemas kini alamat e-mel dalam aplikasi MyKasih sebelum 31 Disember 2025 bagi mengelakkan sebarang gangguan akses.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa perubahan ini hanya melibatkan penerima SARA bulanan sahaja.

Cara mudah kemas kini e-mel dalam aplikasi MyKasih
Sebelum memulakan proses, pastikan aplikasi MyKasih dikemas kini ke versi terkini. Jika telah log masuk sebelum ini, sila log keluar terlebih dahulu
Kemudian, ikuti langkah berikut:
1. Log masuk semula menggunakan nombor kad pengenalan (IC) dan nombor telefon anda.
2. Setelah berjaya log masuk, tetapkan alamat e-mel pada ruangan yang disediakan.

3. Masukkan alamat e-mel yang ingin digunakan dan tunggu kod pengesahan dihantar ke inbox e-mel anda.
4. Masukkan kod pengesahan tersebut dan tekan Submit untuk sahkan.
Untuk makluman, anda boleh melihat dan mengemas kini e-mel yang didaftarkan di bahagian “Profil” dalam aplikasi.
SOALAN LAZIM – Saya tidak menerima e-mel pengesahan. Apakah yang patut saya lakukan?
Ini boleh berlaku jika pautan pengesahan telah tamat tempoh (selepas 24 jam) atau jika terdapat kelewatan penghantaran e-mel. Sila cuba yang berikut:
- Semak folder Spam / Sampah anda
- Klik Hantar semula e-mel pengesahan dalam aplikasi.
Jika anda masih tidak dapat menemuinya, sila hubungi Sokongan Pelanggan di 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi -5.30 petang)
SOALAN LAZIM – Saya tidak menerima OTP e-mel. Apakah yang patut saya lakukan?
OTP e-mel hanya sah selama 30 minit. Jika anda tidak menerimanya:
- Semak folder Spam / Sampah anda
- Klik Hantar Semula OTP dalam aplikasi.
Jika anda masih tidak dapat menerimanya, sila hubungi Sokongan Pelanggan di 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang).
SOALAN LAZIM – Bolehkah saya log masuk pada peranti lain dan masih menerima OTP e-mel?
Ya. OTP akan dihantar ke alamat e-mel yang telah disahkan, jadi anda boleh log masuk dari mana-mana peranti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Ketahui Tentang Inisiatif BINGKAS
Sumber: MyKasih Foundation
The post MyKasih Tukar Kaedah OTP SMS Kepada OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 appeared first on Siakap Keli.


