
PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kontroversi harga MyKiosk.
Malah, Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan mengambil tindakan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.
"Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh.
"Saya juga telah arahkan pegawai KPKT untuk cari TikToker dan mereka yang sebar berita palsu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Media 2025 di sini pada Selasa.
AKAN MENYUSUL

