Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) akan dibuka untuk semakan pada 22 April 2026, bermula jam 2.00 petang di pautan https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/.
Calon boleh membuat semakan dengan Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang sama ketika permohonan.

Untuk membuat semakan keputusan temuduga PDPP pula, semakan boleh dibuat melalui pautan https://mypdpp.moe.gov.my/pd/ pada tarikh dan waktu yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut: PDPP – Semakan Temuduga Calon Guru Tajaan KPM 2026
Perbezaan PDPP CoS vs PDPP
Rujuk perbezaan PDPP CoS dan PDPP di bawah:
- PDPP CoS: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Contract of Service
- PDPP: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
| Perkara | PDPP CoS | PDPP |
|---|---|---|
| Pelantikan | Dilantik sebagai PPP DG9 (CoS) & pengajian PDPP di IPG (Kontrak) | Dilantik sebagai PPP DG9 selepas tamat pengajian PDPP |
| Penempatan Sekolah | Ditempatkan di sekolah rendah KPM Januari 2027 | Ditempatkan di sekolah rendah KPM selepas pengajian |
| Mula Pengajian | Januari 2027 | Ogos 2026 |
| Jadual Mingguan | Hujung minggu & cuti sekolah | Sepenuh masa mengikut Kalendar IPG |
| Yuran / Elaun | Yuran ditanggung sendiri | Yuran dibiaya KPM + Elaun RM530 sebulan |

Temu Duga PISMP, PDPP dan PDPP CoS KPM Tahun 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa proses temu duga PDPP, PDPP CoS dan PISMP di atas akan diadakan seperti berikut:
| Tarikh | Program |
|---|---|
| 27 – 30 Mei 2026 | PDPP & PDPP CoS |
| 4 – 8 Mei 2026 | PISMP |
| 11 – 14 Mei 2026 | PDPP & PDPP CoS |
| 18 – 21 Mei 2026 | PDPP & PDPP CoS |
Lokasi:
- Lobi Menara (Pendaftaran)
- Aras 3 (Bilik Temu Duga)
- Dewan Aminuddin Baki (UKF) – PISMP
Masa:
- 7:00 pagi – 4:30 petang

Tarikh Penting myPDPP 2026
Tarikh-tarikh Penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah seperti berikut:
| AKTIVITI | TARIKH |
|---|---|
| Paparan iklan di portal rasmi KPM | 23 Februari 2026 |
| Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) | 02 – 20 Mac 2026 |
| Permohonan dalam talian ditutup | 20 Mac 2026 (Jam 11.59 malam) |
| Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian | 30 Mac – 8 April 2026 |
| Semakan keputusan panggilan temu duga | 22 April 2026 |
| Pelaksanaan temu duga | 27 April – 22 Mei 2026 |
| Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS Sementara) | 30 Jun 2026 |
| Muat naik dokumen kesihatan | 30 Jun – 16 Julai 2026 |
| Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS) | September 2026 |
| Kemaskini maklumat calon berjaya dalam e-Graduan | Oktober 2026 |
| Tawaran lantikan PPP DG9 COS | November 2026 |
| Tawaran mengikuti pengajian PDPP (KDC) di IPG Kampus | November 2026 |
| Pendaftaran Guru DG9 COS ke sekolah | Januari 2027 |
| Pendaftaran PDPP (KDC) -COS di IPG Kampus | Januari 2027 |

NOTA:
*Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
*Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, Temu duga dan keputusan berjaya di laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
Tarikh-tarikh Penting Permohonan Online & Ujian UKCG
Jangan keliru ya, ada 3 jenis permohonan guru yang dibuka tahun ini iaitu PDPP, PISMP dan Guru CoS PDPP. Sila rujuk satu-persatu. PISMP untuk lepasan SPM, PDPP untuk calon tajaan KPM yang dah ada Ijazah Perguruan, manakala guru CoS untuk calon tajaan sendiri yang ingin berkhidmat sebagai guru.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting ujian eUKCG 2026:
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
- Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 9–27 Mac 2026
- Permohonan dalam talian ditutup : 27 Mac 2026 (11.59 malam)
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 30 Mac – 8 April 2026
- Semakan keputusan dan temu duga : 22 April 2026

Ujian ini dilakukan secara atas talian. Lokasi ujian adalah bergantung pada individu, yang penting ada akses internet yang stabil.
Bagi calon PDPP CoS pula, sila alert dengan tarikh berikut:

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2026 pula adalah seperti berikut:
- Permohonan Dalam Talian :12 Mac – 2 April 2026
- Kemaskini Bidang Permohonan PISMP :31 Mac – 2 April 2026
- Semakan Tarikh Calon Layak e-UKCG : 9 April 2026
- Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 15 – 17 April 2026 (Dilaksanakan secara dalam talian
- Semakan Keputusan e-UKCG, Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) & Temu Duga : 29 April 2026
- Pelaksanaan UKF dan Temu Duga : 3 – 8 Mei 2026
- Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan SPM) : 5 Jun 2026
- Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi & Diploma Kolej Vokasional) : 27 Julai 2026
- Pendaftaran Pelajar Baharu di IPG : 10 Ogos 2026

Panduan Permohonan Guru CoS myPDPP 2026
Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (CoS), rujuk cara-cara permohonan melalui myPDPPdi bawah:
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di alamat https://mydpp.moe.gov.my/pdpp26 mulai 02 hingga 20 Mac 2026.
2. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemas kini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (Sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS)).
3. Calon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
NOTA:
- Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan dokumen menerusi – Link pautan dokumen (muat naik pautan di Google Drive) – Pada ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’.
- Sila ikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- KEGAGALAN MENGEMUKAKAN SALINAN DOKUMEN MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN.
Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Graduan pendidikan;
- Guru interim;
- Diisytiharkan bankrap;
- Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;
- Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
- Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah; dan
- Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 Mac 2026 (Jumaat)
BACA JUGA:
- Guru CoS (Contract of Service) – Maksud, Gaji, & Kelayakan
- Hebahan Pengambilan Guru KPM 2026 DG9 (CoS) PDPP
Maklumat Lanjut myPDPP
Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/ 6768/ 6693
Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/ atau https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
Soalan Lazim myPDPP (FAQ)
Siapakah yang layak memohon PDPP melalui MyPDPP?Graduan ijazah Sarjana Muda (PNGK minimum 2.50) tanpa latar belakang pendidikan dari UA/US diiktiraf MQA, warganegara Malaysia dan berumur 40 tahun ke bawah.
Bila tarikh permohonan PDPP 2026 dibuka?Permohonan Guru CoS PDPP dibuka pada 2-20 Mac 2026 secara dalam talian melalui https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
Bagaimana cara daftar akaun MyPDPP?Layari portal MyPDPP, isi maklumat peribadi, ijazah, bukti CEFR (MUET/IELTS), dan hantar satu permohonan sahaja (boleh dikemaskini sebelum tutup).
Tempoh pengajian PDPP ialah 1 tahun (3 semester) bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Sekolah Rendah KPM 2026.
Bila e-UKCG dijalankan?e-UKCG akan dijalankan pada 30 Mac – 8 April 2026 secara dalam talian untuk pengambilan Guru CoS PDPP 2026.
Bila dan di mana semak keputusan akhir?Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS) adalah pada bulan September. Semakan boleh dilakukan melalui portal myPDPP.
Apa tarikh-tarikh penting permohonan Guru CoS myPDPPTarikh-tarikh Penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah seperti berikut:
Tidak boleh. Tawaran adalah muktamad.
Adakah graduan luar negara boleh mohon?Ya, tetapi ijazah mesti diiktiraf MQA dan ada equivalen CGPA minimum 2.50; lampirkan bukti.
Bolehkah edit permohonan selepas hantar?Ya, sehingga tarikh tutup (20 Mac 2026). Selepas itu, tidak boleh.
Bilakah tarikh semakan keputusan panggilan temuduga guru COS PDPP?Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) akan dibuka untuk semakan pada 22 April 2026, bermula jam 2.00 petang di pautan https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/.
