
SANDAKAN: Program MyPride Fair Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merealisasikan hasrat Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasakan pemulihan pesalah dalam komuniti.
Program tersebut merupakan satu inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk vokasional dan industri yang dihasilkan sendiri oleh penghuni penjara yang sedang mengikuti Program Pemulihan Fasa lll (Program Kemahiran) di Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan kepada masyarakat.
Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Komisioner Penjara (KP) Ajidin Salleh berkata, Jabatan Penjara Malaysia percaya memberikan kemahiran kepada penghuni penjara mampu menyediakan mereka kembali hidup dalam masyarakat sebagai warga negara yang produktif semula.

