MYSA Berkongsi Gambar “Super Full Moon” Yang Dirakamkan Semalam

WorldTechnologyDigitalSpace
14 Jul 2022 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam, fenomena perigee berlaku, dimana jarak antara Bulan dan Bumi pada kedudukan paling dekat. Selari dengannya, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) turut merakamkan fenomena berkenaan.

Hari ini, MYSA berkongsi gambar Super Full Moon yang berjaya dirakamkan pada 13 Julaii 2022, 11.35 malam di Observatori Negara Langkawi.

image is not available

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, kemuncak fenomena “Super Full Moon” pada pukul 2.37 pagi tidak dapat dirakamkan.

Untuk makluman, Bulan mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips. Ini sekaligus membuatkan jarak antara Bulan dan Bumi sentiasa berubah-ubah dari hari ke hari. Mengikut apa yang dicatatkan setakat ini, jarak purata paling jauh antara Bulan dan Bumi adalah 405,504km dan dikenali sebagai apogee. Jarak purata paling dekat pula adalah sekitar 363,396km yang dikenali sebagai perigee.

Bagi anda, adakah anda merakamkan sebarang gambar “Super Full Moon” semalam?