MySejahtera Akan Tambah Sokongan Rekod Derma Darah Dan “Buku Pink”

TechnologyDigital
16 Jul 2022 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia hari ini berkongsi berkenaan pembaharuan yang dibawakan oleh MySejahtera melalui kemaskini terbaru. Ia menyertakan sokongan paparan rekod kesihatan seseorang pengguna – sekaligus membawa MySejahtera menjadi pasport kesihatan rakyat Malaysia.

image is not available

Selari dengannya juga, beliau berkongsi mengatakan kelak MySejahtera turut akan menambah dua lagi sokongan pada aplikasi tersebut, iaitu paparan rekod derma darah, selain juga rekod “Buku Pink” – iaitu rekod kesihatan ibu dan bayi baru lahir.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membawa kepada era digitalisasi untuk rekod kesihatan – sekaligus memudahkan orang ramai untuk kemana-mana klinik tanpa terlupa membawa buku rekod fizikal masing-masing.

Buat masa ini, kemaskini MySejahtera baharu telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone, dan dijangka menyusul untuk pengguna Android.