MySejahtera Digunakan Sebagai Sistem Janji Temu Di Semua Fasiliti Kesihatan Primer KKM

TechnologyDigital
28 Dec 2022 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berkongsi mengatakan aplikasi MySejahtera akan digunakan sebagai sistem janji temu untuk semua fasiliti kesihatan primer seluruh negara.

Hal ini sekaligus akan mengatasi masalah masa menunggu yang lama, disamping turut memberikan peringatan kepada pesakit untuk menghadiri janji temu mengikut jadual.

image is not available

Perkhidmatan ini akan turut meliputi rawatan pesakut luar, saringan kesihatan PeKa B40, saringan pra-perkahwinan, pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan / pra-pengajian, perkhidmatan perancang keluarga, proseudr (rawatan luka), dan juga inisiatif saringan kesihatan kebangsaan.

Dengan penggunaan sistem janji temu ini, ia akan memudahkan pengaturan jadual mengikut kapasiti, dan mengelak kesesakkan di tempat pendaftaran dan menunggu.

Perkhidmatan ini telah dimulakan di 673 klinik kesihatan secara berfasa. KKM turut menyatakan sistem janji temu aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telah pun dimulakan, dan boleh dilakukan bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved