MySejahtera Luaskan Sokongan Tempahan Janji Temu Untuk Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Ke Seluruh Negara

TechnologyDigital
15 May 2023 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi MySejahtera sebelum ini telah menawarkan khidmat tempahan janji temu untuk perkhidmatan kesihatan pergigian di Melaka dan Pulau Pinang. Kini, selang dua bulan sejak diperkenalkan, MySejahtera memperluaskan ciri berkenaan kepada para pengguna seluruh negara.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi MySejahtera dalam melakukan janji temu untuk mendapatkan sebarang rawatan melibatkan kesihatan pergigian. Pengguna hanya perlu ke halaman Janji Temu, tap pada nama pengguna, dan seterusnya memilih Pemeriksaan Kesihatan Pergigian.

Anda seterusnya boleh memasukkan alamat atau poskod, dan ia akan memaparkan klinik pergigian berdekatan untuk memudahkan anda membuat janji temu.

Sebaik sahaja selesai, anda seterusnya boleh ke klinik berdekatan dalam mendapatkan rawatan pergigian anda.