
Kuala Lumpur: MYTV Broadcasting (MYTV) telah melancarkan inovasi terkini syarikat itu dengan melancarkan aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70 di Proton DX Quill City Mall hari ini. Detik bersejarah ini telah disempurnakan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi selaras dengan keperluan era teknologi maklumat yang sentiasa mengutamakan keboleh-dapatan maklumat di hujung jari. Usahasama ini berjaya dicapai melalui kolaborasi strategik dengan Acotech, selaku syarikat penyedia sistem IHU di Proton.
Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini membuktikan keupayaan MYTV bergerak maju di dalam menyokong usaha kerajaan di dalam memperkasakan transformasi digital di Malaysia. Platform TV Teresterial Digital (DTT) MYTV telah berjaya mencapai 7.5juta penonton pada tahun 2023, peningkatan sebanyak 19.4% daripada tahun sebelumnya, sekaligus merakamkan komitmen MYTV di dalam merapatkan jurang digital negara. Manakala aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas telah berjaya mencatat 500,000 muat turun, 9 juta tontonan secara kumulatif dengan jumlah pengguna aktif seramai 180,000 setiap bulan selepas setahun dilancarkan.
AdvertisementRevolusi Hiburan Dalam Kereta
Pengguna Proton X70 kini boleh mengakses pelbagai kandungan konten di MYTV Mana-Mana melalui unit radio Infotainment-Head-Unit (IHU) masing-masing dengan menggunakan sambungan internet yang telah tersedia di dalam kenderaan. Integrasi dengan aplikasi penstriman ini membolehkan penstriman langsung daripada pelbagai kandungan audio dan visual untuk penonton di Malaysia. Selain daripada itu, dengan penstriman langsung saluran radio dari internet, pengguna tidak perlu menukar frekuensi siaran ketika di dalam perjalanan antara negeri lantas mengelakkan sebarang gangguan siaran ketika dalam perjalanan.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Lebih Pilihan Untuk Penonton di Malaysia
Sebagai perancangan masa hadapan, MYTV Mana-Mana akan memperkenalkan konten-konten baharu melalui saluran-saluran premium dan Video-On-Demand (VOD) sekaligus mempelbagaikan pilihan konten hiburan yang lebih luas untuk penonton. Aplikasi penstriman ini akan membuat kemunculan di platform TV Pintar bagi mempertingkatkan pengalaman menonton TV di rumah pada skrin yang lebih besar.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Menurut En Helmi Mohamed Harith, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Holdings, “Seiring dengan perkembangan teknologi, MYTV yang juga merupakan anak syarikat Altel Holdings, terus komited untuk menyediakan akses kepada kandungan hiburan dan maklumat yang berkualiti tinggi dengan memperkenalkan aplikasi MYTV Mana-Mana yang kini boleh dinikmati melalui kereta proton bermula dengan model X70. Integrasi MYTV Mana-Mana dengan sistem IHU Proton adalah satu langkah berani dan berwawasan, menggunakan ketersambungan internet sedia ada di dalam kenderaan untuk memberikan pengalaman tontonan yang selesa dan berkualiti.”
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});MYTV Mana-Mana terus mengorak langkah ke hadapan di dalam membentuk masa depan TV digital di Malaysia dengan menawarkan pelabagai perkhidmatan untuk tontonan pengguna secara PERCUMA. Dengan jumlah penonton yang semakin meningkat ramai, MYTV Mana-Mana akan menetapkan aras tanda baharu di dalam landskap hiburan digital di Malaysia di samping menawarkan sebuah platform untuk pengiklan mengiklankan produk kepada kepada pasaran sasaran.



