Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan

15 Oct 2023 • 8:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa

Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan. Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam parit di Kilometer 13, Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya (Ekspressway) di Bulatan ILP di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka berkata, mangsa yang merupakan penumpang berusia 77 tahun maut di lokasi kejadian.

image is not available
Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan. Kredit: Facebook

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama pemandu bergerak dari arah Kota Samarahan hendak menuju ke arah Kuching.

image is not available

“Dipercayai pemandu hilang kawalan semasa melalui bulatan dan menyebabkan kereta dipandu terbabas ke kiri bahu jalan lalu jatuh ke dalam parit.

“Akibat dari kemalangan itu, penumpang cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba.

image is not available

“Manakala pemandu lelaki berusia 72 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut ,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel menarik: