Myvi jatuh longkang, wanita nyaris lemas dibawa arus deras

7 Jan 2024 • 5:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia nyaris lemas dihanyutkan arus deras selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam longkang besar.

Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta terbabit berpaut pada Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras longkang tersebut.

Dua lelaki dilihat cuba menyelamatkan wanita itu dengan seorang daripadanya terjun ke dalam longkang dan menarik mangsa.

Kedua-duanya dilaporkan selamat.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani lelaki yang terjun ke dalam longkang terbabit untuk menyelamatkan mangsa.

“Terbaiklah abang yang menolong. Semoga Allah mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat,” kata Smail.

“MasyaAllah. Terima kasih orang baik. Semoga menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan seharian. Aamiin,” kata Tokwan Janggut.

“Alhamdulillah akak tu selamat. Tak dapat bayang kalau ada anak-anak dalam kereta tu,” kata Yaya Ishak. – 7 Januari, 2024

https://www.tiktok.com/@scoopdotmy/video/7321302233121934594?_r=1&_t=8ipq6EFOuwb

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved