Charles Santiago bukan lagi Pengerusi SPAN

17 Apr 2020 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago mengesahkan beliau telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menerusi satu kenyataan, beliau yang juga pemimpin DAP berkata, turut ditamatkan perkhidmatan ialah semua Ahli Pesuruhjaya SPAN yang berkuatkuasa pada 10 April lalu.

"Semua orang yang mengenali saya akan memahami bahawa ini bukan mengenai kehilangan jawatan tetapi kebimbangan mengenai kerja keras yang telah dilakukan sejak 18 bulan lalu akan menjadi sia-sia sahaja.

"Respon segera saya tentang penamatan perkhidmatan ini ialah perlunya mekanisme semak dan imbang bagi membolehkan rakyat memastikan pentadbiran baharu SPAN mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberikan penghargaan kepada semua Pesuruhjaya SPAN dan kakitangan agensi tersebut yang telah berkerja dengan beliau selama ini.

"Saya berharap Pengerusi SPAN yang baharu iaitu Ahli Parlimen Dungun, Hassan Mohd Ramli dan Ahli Pesuruhjaya yang baharu akan meneruskan proses transformasi dan melindungi kelestarian dan keselamatan bekalan air untuk jangka masa yang panjang," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved