N9 perkasa kesiapsiagaan hadapi musim tengkujuh

LocalEnvironment
19 Nov 2025 • 6:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan operasi bagi menghadapi musim tengkujuh susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah membuat persediaan rapi pada semua peringkat.

Beliau berkata tindakan segera dapat dilakukan sekiranya berlaku sebarang situasi tidak diingini.

“Negeri Sembilan menerima purata taburan hujan antara 1,800 hingga 1,900 milimeter setahun,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 1,190 mm telah direkodkan di negeri ini.

“Kita berharap hujan tidak berterusan,” tambah Aminuddin.

Beliau memberi amaran taburan hujan melebihi 210 ke 250 mm dalam tempoh sehari boleh mengakibatkan banjir.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri akan menganjurkan Pesta Bola Ngoca di Kuala Pilah.

Pesta selama dua hari itu bermula 29 November ini.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk bola sepak ngoca, tangkap ikan dan itik dalam sawah.

Aktiviti titi berayun serta bola baling ngoca turut diadakan bagi mengeratkan silaturahim pengunjung.