SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang menderma darah dengan membawa buku sijil (buku merah) ke mana-mana pusat kutipan darah yang ditetapkan oleh Pusat Darah Negara (PDN).
Pusat Darah Negara memaklumkan, penderma darah boleh ke beberapa lokasi iaitu di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya, Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (sebelah tingkat atas Daiso) dan tabung-tabung darah berdekatan berdasarkan waktu ditetapkan.
"Buku merah jangan lupa bawa moga-moga sudah sampai tempoh," tulis PDN menerusi perkongsian di laman Facebook akhir Mac lalu.
Sekiranya sesuai sebagai penderma, orang ramai boleh mula merancang untuk ke mana-mana pusat kutipan darah yang tertera di bawah:
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak: Isnin-Jumaat: 8 pagi hingga 7 malam, Sabtu & Ahad: 8 pagi hingga 6 petang
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya: Isnin- Ahad: 9 pagi hingga 6 petang
3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (sebelah tingkat atas Daiso): Isnin Ahad: 10 pagi hingga 5 petang
4. Tabung-tabung darah berdekatan.
Untuk memudahkan perjalanan ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, para penderma perlu membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular).
Pada masa sama, PDN memberitahu, penderma darah boleh memeriksa kesesuaian untuk menderma darah dengan melayari halaman https://forms.gle/3JzR4XU57aDjZrA58 atau mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut (slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):
1) https://forms.gle/zcU8TgVGNG6Mcfz982) https://forms.gle/HWzQrJsmb8bg943d83) https://forms.gle/MYyuT49q7dncEPoQ94) https://forms.gle/gG69a337vRD7YcPn95) https://forms.gle/244kmznZAf2oDGDb96) https://forms.gle/ukFrWjr6prRhcUH99; ATAU
Orang ramai juga boleh mengisi borang pendaftaran penderma darah secara dalam talian di https://regdonor.bbis.moh.gov.my/.
Borang yang siap diisi akan dihantarkan melalui e-mel dan seterusnya perlu dicetak.
Buku derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara dalam talian boleh ditunjukkan kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.

