Terima kasih abang polis!

LocalTechnology
30 Apr 2020 • 9:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Sekumpulan anggota trafik mendapat perhatian selepas mereka membantu menebas ranting pokok tumbang demi keselamatan pengguna jalan raya di Persiaran Utama S2/4 di Seremban 2 di sini hari ini.

Rakaman video durasi 34 saat itu dikongsi orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari itu menunjukkan beberapa anggota trafik dari pasukan polis rondaan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sedang menebas ranting pokok yang menghalang laluan berkenaan.

Meskipun berpuasa, anggota bersama pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Seremban tetap menabur bakti dan pokok itu tumbang dipercayai akibat ribut yang berlaku pagi tadi.

Apa yang dilakukan mereka menunjukkan polis trafik bukan sekadar ronda dan jaga lalu lintas tetapi juga mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Terima kasih abang polis!