Samsung Melancarkan Modul Kamera Dengan Kemampuan Zum Optikal 5X

22 May 2019 • 8:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S1 dan S10+ dilancarkan dengan kemampuan zum optikal sehingga 2X sahaja tahun ini. Oleh sebab itu ia kini sering dibandingkan dengan Huawei P30 Pro dan Oppo Reno 10X Zoom Edition yang mempunyai kemampuan zum optikal yang lebih baik kerana penggunaan mekanisme periskop baharu.

image is not available
Tetapi Samsung kini mempunyai jawapan kepada dua peranti pesaing ini setelah melancarkan modul kamera keluaran sendiri dengan kemampuan zum optikal 5X. Samsung Electro-Mechanics mengumumkan pengeluaran modul ini telahpun dilakukan. Rekaan modul ini lebih besar berbanding yang dihasilkan oleh Samsung sebelum ini. Mungkin ini adalah kerana ia turut menggunakan sistem periskop.

image is not availableTerdapat kemungkinan ia bakal digunakan pada Galaxy Note 10 kelak bagi membolehkannya bersaing dengan dua peranti China yang kami sebutkan tadi. Tahun ini Samsung telah mengambil alih firma Corephotonics yang bertanggungjawab membangunkan sistem periskop untuk peranti Oppo.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved