Karangkraf peruntuk lebih RM400,000 jayakan Festkon

14 Nov 2019 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ARAU - Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) memperuntukkan lebih RM400,000 bagi tujuan penajaan pakej pengiklanan dan liputan akhbar sempena Festival Konvokesyen (Festkon) ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah hadir menyampaikan sumbangan berkenaan yang diadakan di pentas utama tapak festival itu di Kampus Utama Pauh Putra di sini semalam.

Sumbangan itu turut melibatkan buku membabitkan sejumlah 20 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah.

Selain itu, Karangkraf turut mewakafkan al-Quran untuk kemudahan mahasiswa di Pusat Islam UniMAP.

Majlis dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dataran kampus tetap UniMAP Pauh Putra semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa berintelek, matang bantu kepimpinan negara


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved