Pengguna Samsung Galaxy S10+ di Malaysia telah mula menerima kemas kini ke Android 10 pagi ini. Saiz fail kemas kini ialah 1979 MB dan turut membawakan antaramuka baharu One UI 2 dan juga tampalan sekuriti untuk bulan Disember 2019.

One UI 2.0 membawakan beberapa kemas kini seperti antaramuka yang semakin mesra penggunaan sebelah tangan, paparan notifikasi yang diperhalusi supaya tidak mengganggu ketika menonton video misalnya, ikon aplikasi yang kini beranimasi dan warna ikon yang lebih ceria.
