Na Inwoo & Yeon Junghoon Keluar, Lee Joon & Jo Seho Dilapor Akan Jadi Ahli Baru ‘2 Days 1 Night’

Entertainment
30 Jul 2024 • 10:07 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, ada ahli baru yang akan menyertai “2 Days 1 Night”.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Lee Joon dan Jo Se-ho akan menjadi ahli baru musim keempat “2 Days 1 Night”, menggantikan Yeon Jung-hoon dan Na In-woo.

Sebagai respon, wakil dari program itu menyatakan,

Sila sahkan melalui siaran nanti. Kami meminta pemahaman anda.

Untuk pengetahuan, Yeon Jung-hoon dan Na In-woo telah pun meninggalkan “2 Days 1 Night” sebagai ahli tetap dan episod terakhir mereka adalah pada 21 Julai yang lalu.

Jika laporan itu benar, Lee Joon dan Jo Se-ho akan menyertai ahli lain iaitu Kim Jong-min, Moon Se-yoon, DinDin dan Yoo Seon-ho. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.