“Nabi Tu..” – Ramai Kecam Peminat Melayu Persoal Nama Korea Ella Gross

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Setiap perkataan kadang kala mempunyai maksud yang berbeza dalam bahasa berlainan.

Terbaru, Ella Gross yang popular sebagai model kanak-kanak dan bakal debut dalam kumpulan K-Pop, MEOVV telah mendedahkan nama Korea miliknya.

Menurut desas-desus di laman komuniti Korea, namanya ialah Nabi dan selepas ia diumumkan, pelbagai reaksi diberikan oleh peminat. Tapi tak sangka ada yang mempersoalkannya.

Seorang pengguna X membantah nama itu dan berkata,

Nabi bermaksud ‘rasul’ dalam bahasa Melayu, jadi saya tak pasti jika ianya beradab.

Peminat lain yang membaca respon itu menyelarnya dan berkata bahawa ‘Nabi’ bermaksud rama-rama di dalam bahasa Korea, jadi tiada masalah untuk Ella menggunakan nama itu.

Kata mereka,

  • Dia ingat Ella tu guna bahasa Melayu ke?
  • Woi memalukan!
  • Nabi tu rama-rama la, dia tak pernah tengok K-Drama ke?
  • Kami pula yang rasa malu baca.
  • Mesti budak ni.

Sebab itu kena ada ilmu kalau nak menegur..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.