Nabil Ahmad Dikecam Perli Mamat Exist, Baru Minggu Pertama Mengacara GV10 Dah Buat Hal

26 Sep 2023 • 10:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Setiap kali bermula musim Gegar Vaganza, mesti akan ada jer kontroversi melibatkan hos program. Bagi All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 ni, lagi lah macam-macam boleh berlaku sebab ada tiga orang hos iaitu, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Kak Lina.

Sekarang ni, Nabil sekali lagi dikecam gara-gara gurauan melampau terhadap vokalis kumpulan Exist, Mamat.

Semuanya bermula selepas seorang lag vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim diundi masuk dalam ‘Hot Seat’ dan Kak Lina mempersoal ketiadaan Mamat dalam GV.

Memanglah minat Exist, ingatkan Mamat. – Soal Elly.

Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih ‘tinggi. – Nabil menjawab.

Gurauan itu kemudiannya disambut pantas Jihan Muse yang mengandaikan Mamat sedang mendaki bukit. Jihan turut memberi peringatan dengan isyarat tangan menunjuk ke arah Nabil dengan mimik terkejut.

Sekadar info, Mamat Exist merupakan tempat ketiga musim pertama GV pada tahun 2014 yang lalu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved