Nabil Ahmad Sengih Sampai Telinga Dapat Salam, Duduk Sebelah Ustaz Abdul Somad

18 Jul 2023 • 10:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kedatangan pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad disambut baik orang ramai apabila ribuan orang berkumpul untuk mendengar ceramahnya.

Selain sesi itu, Ustaz Abdul Somad juga sempat membuat pertemuan dengan selebriti tanah air dalam program sembang orang seni adab dan akhlak anjuran pengarah, Erma Fatima.

Antara yang hadir dalam program itu adalah Nabil Ahmad, Lan Pet Pet, Nadzim Othman, Amar Baharin dan ramai lagi.

Apa yang menjadi tumpuan adalah aksi Nabil yang teruja sengih sampai telinga apabila dapat bersalaman dan duduk di sebelah ustaz.

Selain Nabil, aksi pelawak Lan Pet Pet turut diperkatakan apabila dia mencium tangan ustaz sepuas hati. Netizen turut terhibur apabila Lan bertindak membaling telefon disyaki kerana tak mahu tempat dia berdiri diambil orang.

image is not available

image is not available

image is not available

Alhamdulilah suka tengok selebriti berkumpul di majlis ilmu begini kan? Semoga istiqamah dan dapat memberi contoh positif kepada para peminat.

Kredit: Instagram Nabil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved