
Sepotong video memaparkan pelakon Nabila Huda sedang ‘unboxing’ set dapur gas baharu miliknya telah mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi hantaran di TikTok, Nabila kelihatan membuka balutan plastik pada dapur gas jenama mewah berwarna hitam yang baru dibelinya.
Dalam klip yang sama, aktres itu yang mengenakan baju berona biru turut dilihat memasang serta menyusun bahagian dapur gas tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dan berseloroh bahawa mereka berasa cemburu melihatnya.

Menurut netizen, jenama tersebut sememangnya menjadi idaman setiap suri rumah yang gemar memasak.
Selain itu, ada juga yang mendakwa harga set dapur gas itu boleh mencecah sehingga RM30,000.
Dapat dilihat, reaksi Nabila yang kini berusia 43 tahun begitu teruja dan gembira memiliki dapur gas impiannya, yang turut menjadi kegilaan ramai, terutamanya kaum hawa yang suka memasak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Babak 'Panas' Vanidah Imran Main Janggut Faizal Hussein Dikritik - "Semakin Berani Drama Melayu Sekarang"
The post Nabila Huda Beli Dapur Gas Jenama Mewah, Netizen Teka Harga Cecah RM30K Sebuah – “Makin Sedap La Masak Lepas Ni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

