Nabila Razali dedah wajah baby M, perkenal nama anak sulung secara rasmi

EntertainmentFamily & Parenting
7 Jun 2025 • 2:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya mendedahkan nama penuh dan wajah anak lelakinya yang kini berusia lima bulan kepada umum.

Perkongsian itu dibuat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi satu hantaran di Instagram, yang turut memaklumkan bahawa beliau menyambut lebaran tahun ini di Kelantan.

Menurut Nabila, beliau turut mengambil kesempatan Aidiladha kali ini untuk memperkenalkan cahaya mata sulungnya yang sebelum ini dikenali sebagai “Baby M”.

image is not available

“Alhamdulillah, tahun ini Bella berkesempatan beraya di Kelantan! Buat semua sek kito, jumpo jak lagi kat Majlis Aqiqah Baby M okay.
“Baby M pun dah berumur 5 bulan dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk Bella perkenalkan Baby Nik Muhammad Bin Nik Iruwan,” ujarnya.

image is not available

Nabila Razali dedah wajah baby M

Dalam pada itu, Nabila turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menitipkan doa baik buat keluarganya.

“Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik buat Baby M, moga yang indah sahaja buat kalian,” katanya.

image is not available

Majlis aqiqah serta pengenalan rasmi anak sulungnya dijangka berlangsung dalam masa terdekat di Kelantan.

Malah, Nabila turut mengingatkan orang ramai yang hadir ke majlis akikah anaknya menjaga SOP ketika bertemu anak sulungnya selain menikmati juadah yang dihidangkan.

Sumber: IG Nabila Razali