Nabila selamatkan perabot usang

Home & LivingDesign
29 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nabila selamatkan perabot usang

Sofa yang dibuang di kawasan kitar semula mungkin dianggap sudah tidak berguna oleh sesetengah orang.

Namun, di mata Nabila Nasir, sofa yang hanya tinggal rangka tanpa tempat duduk dan kusyen itu masih boleh diselamatkan.

Tanpa berfikir panjang, dia meminta suaminya mengheret ‘sampah’ itu pulang ke rumah bagi dibaik pulih.

“Memang keadaannya sudah tidak elok, tetapi saya mahu memberi peluang kedua kepada perabot terbuang,” katanya baru-baru ini.

Image from: Nabila selamatkan perabot usang

Minatnya terhadap perabot lama tercetus selepas berdepan kesukaran mendapatkan rekaan yang diingini sekembali ke tanah air.

Sebelum ini, dia pernah mengindahkan dua kerusi antik milik ibu yang sudah rosak.

Situasi tersebut membuatkan wanita berusia 41 tahun ini mula menyedari yang banyak perabot masih elok dibuang begitu sahaja.

“Dengan sedikit sentuhan pada fabrik dan warna, perabot kusam atau buruk boleh diubah menjadi lebih menarik,” katanya yang pernah berkhidmat selamat 17 tahun di luar negara dalam bidang pembangunan dan kemanusiaan.

Bertitik-tolak daripada situ, Nabila kemudian memberanikan diri menubuhkan Merite Design Studio pada 2024.

Setahun kemudian, bilik pameran seluas 2,000 kaki persegi dibuka di 10 Semantan yang menampilkan perabot dibaik pulih, mural dan kertas dinding.

Nabila turut menawarkan perkhidmatan penataan gaya dalaman untuk kediaman dan ruang komersial, selain pembaharuan perabot tempahan khas, koleksi terkurasi serta nasihat seni.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pereka. Perniagaan ini wujud selepas melihat potensi pada benda yang dibuang oleh orang lain,” katanya.

Image from: Nabila selamatkan perabot usang

Tonjol keperibadian, cerita, lestari

Merite dibangunkan dengan identiti Malaysia yang berteraskan warna, penceritaan, kelestarian dan penciptaan semula.

Antara hasil kerja pasukannya termasuk mengubah kabinet daripada jenama perabot terkenal menerusi lukisan tangan selain menukar upholsteri kerusi kepada fabrik bercorak hiasan campuran

Contohnya, Marcellus, sebuah kabinet sotong kurita dengan pemegang berbentuk sesungut ukiran yang pernah dipamerkan di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 dan menghiasi muka hadapan akhbar tempatan.

Produknya turut mendapat perhatian beberapa media antarabangsa.

“Dalam dunia yang dipenuhi perabot pakai buang dan budaya membazir, saya mahu membuktikan apa yang dianggap ‘sampah’ masih mempunyai nilai. Dengan berus, fabrik baharu dan sedikit kreativiti, perabot lama boleh dihidupkan semula,” katanya.

The post Nabila selamatkan perabot usang appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved