‘Nad Zainal? Tak Kenal’- Respon Nabila Huda Cetus Tanda Tanya [Video]

Entertainment
24 Aug 2023 • 2:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Hubungan rapat yang terjalin di antara pelakon Nabila Huda dan Nad Zainal sebelum ini sememangnya menarik perhatian ramai pihak.

Ini dapat dilihat ketika Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, Nabila, Sherry AlHadad dan Sharifah Sakinah antara artis yang sangat mengambil berat tentang keadaan sahabat baiknya itu.

Namun, sejak beberapa hari yang lepas, kecoh di media sosial hubungan baik di antara Nad dan rakan selebriti termasuk Nabila dikatakan mula renggang.

Nabila Akui Tidak Kenal Nad Zainal

Nabila menerusi satu video temubual bersama media, membuat kenyataan mengejutkan apabila mengakui tidak mengenali Nad Zainal.

Malah, dia dilihat memberikan respon yang sinis ketika ditanya mengenai status hubungan persahabatannya dengan Nad Zainal

“Nad Zainal? Saya tak pernah dengar nama itu, siapa dia pelakon eh?

“Saya tak kenal dia, saya tak tahulah tapi mungkin anda tahu saya dah pernah kena Covid (Covid-19) dua kali, mungkin ini simptom kena Covid yang sebabkan saya jadi lupa,” jawabnya lagi.

Turut Tunjuk Bukti Disekat Di Instagram

Ketika temu bual itu, Nabila turut mendakwa dirinya telah disekat oleh pelakon tersebut di media sosial.

“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram saya pasti ada.

“Saya kena block. Padahal tak kenal ni boleh kena block,” kata Nabila secara sinis sambil menunjukkan telefon bimbitnya.

Selain Nabila, Sharifah Sakinah juga antara artis yang turut dikaitkan dengan isu ini apabila dia memuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya yang ditujukan kepada Nad Zainal.

“Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar,” tulisnya di kapsyen.

Semalam (23 Ogos), Nad Zainal menerusi satu temu bual bersama media tempatan mendakwa bahawa dia lebih memilih untuk menghargai individu yang ada dan masih kekal bersama dengannya pada ketika ini.

Bagi Nad yang sedang melalui fasa trimester ketiga kehamilan, pada masa ini dia mengambil pendekatan untuk mengutamakan keluarga berbanding perkara remeh yang lain.

“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya,” jawab Nad ketika ditanya oleh wartawan berhubung isu berkenaan.

Temu bual ini nyata menarik perhatian ramai apabila Nabila Huda memuat naik komen ‘Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?’ hingga menyebabkan timbul persoalan dan khabar angin yang mengatakan mereka bergaduh.

image is not available
Foto: IG officialhlive

Source: