Nad Zainal Undang Perhatian Gara-Gara Terlalu ‘Rileks’ Umum Kehamilan – “Malasla, Anak Nombor 4 Dah..”

EntertainmentFamily & Parenting
12 Feb 2026 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon terkenal, Nad Zainal, tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas menerima pelbagai teguran mengenai perubahan fizikalnya, khususnya di bahagian perut.

Demikian respons Nad, 35, yang mengakui ramai mula bertanya dan membuat andaian mengenai bentuk tubuhnya sejak kebelakangan ini.

Advertisement

image is not available

Menurutnya, dia pada awalnya enggan mengumumkan berita tersebut, namun memilih untuk bersuara selepas menerima komen tentang fizikalnya..

Perkongsian itu segera mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilannya dipermudahkan.

View this post on Instagram

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Indera Puteh yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada tahun 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-11 16:28:54

Amira Othman Kongsi Petikan Khutbah Jumaat - "Jangan Lukai Orang Lain Seperti Orang Lain Melukaimu"

 

The post Nad Zainal Undang Perhatian Gara-Gara Terlalu ‘Rileks’ Umum Kehamilan – “Malasla, Anak Nombor 4 Dah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.