Nadhir Nasar beritahu pandai berenang, ramai gadis ‘rela’ lemas

Entertainment
8 Oct 2023 • 5:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
nadhir nasar

Pelakon sedang meningkat naik, Nadhir Nasar, 27 sememangnya kerap menjadi perhatian apabila watak-watak yang dijayakan dalam setiap lakonan membekas di hati penonton.

Nadhir Nassar pandai berenang

Terbaru, Nadhir telah berkongsi sedikit trivia berkenaan dirinya di laman X apabila memaklumkan yang dia gemar makan nasi kandar, minum teh ais serta pandai berenang kepada para pengikutnya.

Posting tersebut dibuat mengikuti trend yang dilakukan pengguna X yang lain apabila memberitahu info berkenaan diri secara ringkas di media sosial terbabit.

Tolong ada yang lemas, minta Nadhir Nasar diselamatkan

Ternyata, ciapan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga menerima pelbagai maklum balas daripada warganet terutamanya peminat wanita.

Pelbagai gurauan yang menggelikan hati ditulis di ruangan tersebut. Ada di antara mereka mengakui pandai membuat teh ais yang sedap serta rela lemas demi pelakon terbabit.

image is not available

Ada yang promote diri kata pandai masak

image is not available

Sanggup lemas dekat swimming pool

image is not available

Gurau2 dengan Nadhir je

Walau bagaimanapun, komen-komen tersebut diperhatian sekadar berseloroh sahaja sebagai balasan kepada posting yang dibuat oleh Nadhir.

Difahamkan, posting berkenaan telah mendapat lebih dari 10 ribu tanda suka dan empat ribu disiar ulang oleh warganet di aplikasi X.

image is not available

Untuk rekod, Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar merupakan juara program Hero Remaja 2020. Selain bergelar pelakon, aktor kacak berkenaan turut mengembangkan bakatnya dalam bidang seni sebagai seorang pengarah, pengacara dan juga model.

Antara drama yang mengangkat namanya sudah tentu, i-Tanggang, Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council.

Sumber: X NadhirNasar