Nadhir Nasar Seronok Main Meriam Di Kampung Talang, Daging Dendeng Pilihan Utama Di Pagi Syawal

EntertainmentFood
22 Apr 2023 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nadhir Nasar - Gambar ihsan Astro

Pelakon yang semakin menempa populariti, Nadhir Nasar akui seronok dapat main meriam di kampung halamannya yang terletak di Kuala Kangsar.

Menurut pelakon siri ‘Projek High Council’ ini, menjadi satu kemestian penduduk di Kampung Talang untuk berpesta meriam setiap kali Syawal menjelma.

“Kampung Talang adalah kampung di Perak yang terkenal dengan pembuatan meriam. Meriam yang memang sangat besar. Kami selalu main di bendang dan saling berlawanan antara kampung,” katanya kepada Getaran. 

Katanya lagi, apa yang lebih seronok, dia dapat bermain meriam seperti orang biasa kerana penduduk kampung tidak melayannya seperti seorang selebriti.

image is not available
Tangkapan layar Instagram Nadhir Nasar

Ditanya tentang apakah makanan yang paling digemarinya setiap kali menjelang Syawal, kata bekas pemenang Hero Remaja 2020 ini, daging dendeng merupakan satu kemestian buatnya. 

“Saya paling suka daging dendeng dan lemang. Memang sedap gila! Lagi best kalau ada gulai lemak ayam kampung. Tiga menu ini adalah kombinasi yang paling hebat untuk dijamah pada hari raya pertama. Di Perak kalau rumah tiada daging dendeng, it’s something wrong,” kongsinya. 

Jelas Nadhir lagi, jika ada wanita mahu menambat hatinya, mereka haruslah pandai masak daging dendeng. 

“Itulah kriterianya. Harus pandai masak daging dendeng. Tak kisah kalau dia jadi suri rumah.  Doakan saya, Insha-Allah,” katanya sambil ketawa. 

Bercerita mengenai baju raya, kata Nadhir dia sekeluarga memilih untuk memakai pakaian berwarna biru tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada Nadhir. Hati-hati kalau main meriam. – Getaran 22 April 2023