Nadia Brian tak penat ditanya soal jodoh – “Ada ke lelaki sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk?”

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 9:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nadia Brian tak penat ditanya soal jodoh dan menyifatkan ia adalah doa terbaik buat masa hadapannya setelah empat tahun kembali menjalani kehidupan solo.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia tidak rimas mahupun penat dengan pertanyaan jodoh.

“Saya tidaklah rimas, sebab pertanyaan jodoh ini seperti orang nak ambil tahu, mestilah saya nak minta orang tolong mendoakan.
“Bagus juga bila orang bertanya, moga mereka boleh doakan saya dapat jodoh baik, anak dan berbahagia hingga hujung nyawa.
Saya nak bahagia seperti orang lain. Jadi, saya tak kisah orang bertanya,” katanya.

image is not available

Nadia Brian tak penat ditanya soal jodoh

Menurutnya, dia sentiasa positif apabila soalan tersebut diajukan dan ia sememangnya lumrah dalam kehidupan untuk hidup berpasangan dan mempunyai anak.

Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun itu tidak menafikan ada lelaki yang mahu berkenalan dengannya, namun dirinya kini sibuk dengan karier seni dan menguruskan perniagaan.

“Saya tak nafikan banyak terima mesej langsung (DM) dalam dalam Instagram (IG). Ada yang nak berkenalan dan berkawan. Tapi, sekarang saya sangat sibuk bekerja.
“Jadi, saya tak tahulah adakah ada lelaki yang sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun, saya kena hadkan waktu apabila sudah sampai tahap usia tertentu.
“Jujurnya, saya belum ada sesiapa lagi. Sudah tentu saya mahu yang terbaik dan hubungan berpanjangan, jadi doa yang baik-baik,”kongsi Nadia Brian.

image is not available

Untuk rekod, Nadia Brian pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada April 2021

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal membintangi filem Duyung: Legenda Aurora bersama barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Atu Zero, Sharif Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

View Original Article