Nadin Amizah Diraba Penonton, Rasa Martabat Diri Direndahkan

Music
26 Sep 2023 • 5:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah meluahkan rasa marahnya apabila diraba sewaktu mengadakan persembahan di salah satu daerah di Bandung.

Nadin Amizah diraba

Nadin yang berusia 23 tahun meluahkan kekesalan tersebut di Insta Story miliknya baru-baru ini.

Dia memaklumkan ada penonton yang hadir ke persembahannya telah melakukan tindakan tidak bermoral dengan cuba menyentuh dan meraba bahagian peribadinya.

image is not available

Seperti merendahkan martabat dirinya

Walaupun bersangka baik mungkin individu tersebut tidak sengaja sehingga menyentuh bahagian peribadinya, namun dia tetap memohon agar selepas ini tidak ada sebarang kerumunan sehingga boleh merendahkan martabat dirinya.

“Mungkin orang itu tidak sengaja kerana keadaan sangat sesak tapi mohon sangat tidak perlu berebut untuk sentuh badan saya.

“Untuk apa? Saya juga manusia. Sungguh merendahkan martabat jikaada yang menyentuh bahagian intim kerana saya penyanyi?” luahnya.

image is not available

Video ketika Nadin Amizah alami gangguan seksual

Dalam pada itu, menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ggeishere, dapat dilihat yang penyanyi lagi Rayuan Perempuan Gila itu cuba menghalang badannya dari disentuh sebelum dibawa berlalu pergi dari kerumuman peminat yang ingin mengambil gambarnya.

@gegeishere_

aku cuma ngerekam 3 detik doang soalnya kagettttt yaampun bunda periiii mana aku gatau tangan siapa itu yg jahat:( #nadinamizah baik baik yaa bundaaa

♬ original sound – nadin⋆.ೃ࿔*:・ – nadin⋆.ೃ࿔*:・

Dalam pada itu, dia juga sempat memesan dengan tegas kepada siapapun agar tidak sesuka hati menyentuh badannya walau dalam keadaan apa sekali pun kecuali atas keizinannya sendiri.

Sumber: Instagram Nadin Amizah, TikTok gegeishere_