Nadir al-Nuri Update Keadaan Terkini Kapal Dinaiki Ardell Aryana – “Tak Pasti Jika Peserta Masih Berada Di Dalamnya”

WorldEntertainment
2 Oct 2025 • 6:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkembangan terkini mengenai kapal Mikeno masih menjadi tanda tanya apabila Pusat Kawalan Global Sumud Flotilla (CC GSF) tidak dapat mengesahkan keadaan sebenar kapal tersebut.

Menurut rekod tracker dan sistem AIS, Mikeno dilihat berada dalam kawasan perairan Gaza, namun laluan yang ditunjukkan tidak selari dengan pergerakan biasa sebuah kapal layar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Walaupun kedudukannya dikesan, masih belum dipastikan sama ada para peserta masih berada di atas kapal. Malah, penduduk Gaza juga tidak dapat melihat kapal ini dari pesisir pantai.

Bagaimanapun, pihak terlibat menegaskan orang ramai tidak perlu terlalu bimbang kerana diyakini semua peserta berada dalam keadaan selamat, inshaAllah.

Untuk makluman, Mikeno membawa peserta dari Brazil, Turkiye, Belanda, Norway, Amerika Syarikat, Sepanyol dan juga Malaysia melalui penyertaan pelakon Ardell Aryana.

Secara berseloroh, ada yang menyebut bahawa jika Mikeno benar berjaya menjejakkan diri ke pantai Gaza, Ardell boleh dianggap sebagai “Wali Gaza baharu dekad ini.”

image is not available 2025-10-02 16:39:41

Yatt Hamzah Rayu Kerajaan Desak Isra*l Bebaskan Suami & Aktivis GSF - "Bawa Mereka Pulang Dengan Selamat"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved