NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Sarawak, Ini Senarai Lokasi Terjejas

25 Jan 2023 • 7:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Notis dalam tempoh 12 jam

NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Sarawak, Ini Senarai Lokasi Terjejas. Berikutan hujan lebat, Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mengeluarkan satu notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam.

image is not available
NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Sarawak, Ini Senarai Lokasi Terjejas. Sumber: NADMA

Notis kesiapsiagaan in dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat ataupun ribut petir yang signifikan berlaku.

Lokasi berkemungkinan terlibat banjir kilat

Berikut adalah senarai kawasan yang berisiko banjir kilat sekitar Sarawak:

Antara lokasi hotspot yang dijangka berlakunya banjir kilat adalah bahagian Kuching, Sibu dan Bintulu.

image is not available

Sepanjang tempoh ini, orang awam diminta mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Baca lagi artikel terkini: