Naelofar buka butik ke-6 di KL East Mall, sejadah dan abaya Aidiladha jadi tarikan ramai

5 Jul 2022 • 4:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

JENAMA busana terkemuka negara, Naelofar merasmikan kedai ke-6 mereka di KL East Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan ruang seluas 2,400 kaki persegi, butik serba elegan tersebut dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaharu, bilik persalinan yang lebih luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk dimuat naik ke laman Instagram.

Paling penting, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.

Pengasas Naelofar, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa berkata, sejak awal penubuhan Naelofar, pihak telah mengimpikan untuk mengembangkan butik mereka di seluruh Malaysia.

image is not available

Pun demikian, hasrat itu terpaksa ditangguhkan selepas virus Covid-19 menyerang seluruh dunia.

"Namun, hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian yang dipasak menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada #NaelofarBabes di atas sokongan yang diberikan sejak dari awal penubuhan kami Naelofar," kata Neelofa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Butik ke-6 Naelofar di KL East Mall, Khamis lalu.

Hadir sama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee.

image is not available

 

ISTIMEWA HIMPUNAN AIDILADHA

Serentak dengan itu, Naelofar turut melancarkan koleksi Aidiladha.

Antaranya seperti Set Hadiah Najma Mini Sejadah (RM169), Najma Sejadah (RM95), Set Telekung Amal (RM249) dan Abaya Renda Lara Crepe (RM329).

image is not available

Namun, hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian yang dipasak menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada #NaelofarBabes di atas sokongan yang diberikan sejak dari awal penubuhan kami Naelofar," kata Neelofa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Butik ke-6 Naelofar di KL East Mall, Khamis lalu.

Dalam pada itu, berita baik kepada semua peminat jenama ini, Neelofa mengumumkan, satu lagu butik Naelofar akan dibuka di IOI City Mall, Putrajaya pada September depan.

image is not available

"Kami juga ada perancangan untuk ke negeri-negeri lain, antara di Johor," ujarnya.

Buat masa ini kata selebriti jelita itu, fokus dan hala tuju Naelofar bertumpu di peringkat tempata dahulu, sebelum meluaskan sayap ke luar negara. Pastinya antara negara yang menjadi tumpuan adalah majoriti penduduk beragama Islam seperti di Dubai.

image is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

View Original Article