Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan

18 Sep 2022 • 5:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching City FC berjaya masuk Liga Super 2023

Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan. Kuching City FC tidak akan membuat kemunculan pada Liga Perdana tahun depan kerana akan bertanding di Liga Super 2023.

Hal ini kerana Kuching City FC berjaya menduduki tempat ketiga dengan 34 mata keseluruhan mengumpul 10 kemenangan serta masing-masing empat keputusan seri dan tewas.

Secara tidak langsung, kejayaan Kuching City FC sudah selari dengan matlamat pengendali pasukan Irfan Bakti untuk memastikan skuad kendaliannya itu layak memasuki Liga Super tahun hadapan sudah tercapai.

image is not available
Nafas Baru Buat Kuching City FC, Bakal Bersaing Di Liga Super Tahun Hadapan

Hasrat Irfan Bakti ke Liga Super tercapai

Terdahulu, awal Januari lepas Irfan Bakti membuat kenyataan untuk mengumumkan persaraannya namun belum beri kata putus sehingga beliau berjaya membawa pasukan Kuching City FC layak ke Liga Super.

Namun, keringat membuahkan hasil apabila skuad kendaliannya itu berjaya dan persoalannya adakah beliau masih berpendirian untuk bersara ataupun terus membawa pasukan tersebut ke langkah seterusnya.

@loyarbola

Kuching City FC tak dapat main Liga Perdana ?? @Kuching City FC #sarawak #bolasepakmalaysia #ligasuper2023 #tiktoksarawak

♬ Epic Music(842228) – Pavel
Kredit: TikTok loyarbola

Liga Perdana 2022

Pada perlawanan semalam, Kuching City FC telah mencatatkan keputusan seri 1-1 berdepan Perak FC pada aksi terakhir dalam saingan Liga Perdana 2022 menempatkan pasukan itu pada tempat ketiga.

Keputusan itu tampaknya sudah memadai buat Kuching City FC untuk menamatkan saingan di Liga Perdana tersebut dengan persembahan yang memuaskan sepanjang liga berlangsung.

Gelaran juara Liga Perdana akan ditentukan pada 30 September antara Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Kelantan FC.

image is not available
Perak FC menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Perdana 2022. Kredit: Bernama

Untuk rekod, JDT II kini menduduki tempat teratas dalam saingan liga selepas berjaya mengumpul keseluruhan 39 mata sementara Kelantan di tempat kedua dengan 36 mata.

Apa-apapun tahniah buat pasukan Kuching City FC kerana berjaya layak ke Liga Super 2023. image is not available

image is not available

Jom kita kenali Affendi Julaihi, pemain bola sepak lagenda kelahiran Sarawak. Baca di sini: