Nafas nafi keluar kenyataan pengurus besar digantung

LocalPolitics
23 Oct 2024 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berkenaan penggantungan pengurus besarnya.

Nafas dalam satu kenyataan pada Rabu turut menafikan kenyataan yang mula tersebar sejak Selasa bukan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Nafas.

“Sehubungan itu, Nafas menegaskan bahawa maklumat yang disiarkan di dalam kenyataan akhbar berkenaan tidak benar dan tidak disahkan oleh Nafas.

Justeru Nafas berharap mana-mana media yang menyiarkan laporan berkenaan penggantungan Pengurus Besar Nafas diminta untuk menarik balik laporan media berkenaan dengan serta-merta,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Jelas kenyataan itu lagi, sebarang kenyataan rasmi berkaitan Nafas hanya akan dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Nafas.

Dalam kenyataan media yang tersebar semalam mendakwa Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin telah digantung atas dakwaan kesalahan tatakelola yang melibatkan salah guna kewangan pertubuhan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved